The Beginning

Hello. Ini merupakan projek K-Car terbaru dari ako. Mula dibeli pada akhir Ogos 2005 bagi menggantikan Kancilburuk yang sudah sampai masanya untuk berpisah dengan ako. Kelisa ini asalnya merupakan model Limited Edition keuaran akhir 2002-2003 yang mana ia didatangi dengan trim kulit pada stereng, trim pintu dan tempat duduk.
Namun diatas dasar 'autosalon', pemilik asalnya telah mengubah segala peralatan stok kepada trim bulu-bulu merah, tempat duduk 'semi-bucket' HRS (buatan tempatan) dan stereng 'after-market'.
Namun kali ini, setelah menjadi milik ako. ako akan 'merombak' segala apa jua aksesori yang 'tidak berguna' pada Kelisa ini dan seterusnya menjalankan proses 'make-over' secara perlahan-lahan.
Nantikan 'update' seterusnya...